Selamat datang ke Blog Surau Al-Hidayah diucapkan kepada semua pengunjung. Semua pengunjung dialu-alukan follow blog ini.Terima kasih.

Selasa, 29 Oktober 2013

Mengenai Al-Hidayah

Tempat Bermula Surau


  • Pada asalnya SMKTL tidak mempunyai surau khusus  bagi kegunaan guru-guru mahupun pelajar.
  • Setelah mendapati pertambahan murid dari tahun ke tahun semakin ramai, satu cadangan projek pembinaan surau telah dibuat oleh guru-guru SMKTL bagi menampung murid-murid yang semakin ramai di samping surau dapat dijadikan tempat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti P/P
  • Pada tahun 1992, hasil cetusan idea daripada guru-guru tingkatan 3  untuk  mengisi masa pelajar-pelajar  selepas peperiksaan PMR , kerja-kerja membuat asas tapak pembinaan surau telah dilakukan.Kemudian diteruskan oleh pekerja sekolah sehinggalah ia menjadi sebuah surau yang lengkap
  • Bangunan surau didirikan antara blok C dan D, iaitu Blok terletaknya Koperasi sekolah dan blok bilik guru sekarang. 
  • Pada tahun 2010  surau yang asal telah dibesarkan bagi menampung jumlah pelajar perempuan yang semakin bertambah bilangannya.
  • Pembinaan bangunan tambahan ini adalah kerjasama pihak sekolah dan PIBG  SMKTL untuk sama-sama menyumbang dana bagi menampung kos pembinaan dan juga dari pihak luar